Nasi Goreng Simple Sedap

Dah breakfast ke pagi ni?

Bila sarapan bersama anak-anak, menu mesti kurang pedas atau jangan ada pedas langsung. Sebab anak cikNoin memang pantang pedas. Nanti langsung tak makan. Ha..naya!! Semua cikNoin yang kena abehkan.

Kali ni cikNoin share resepi Nasi goreng yang teramat simple. Sebab apa kata simple? Bahannya ada 5jer. Tapi dapat jadi sedap. Dan anak-anak pun suka sangat makan. Jom cekedot..

NASI GORENG SIMPLE SEDAP

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
Segengam ikan bilis - kisar
1 ulas bawang besar - hiris
1/2 batang lobak merah - potong dadu kecil
2 biji telur
Garam dan perencah
Air
Minyak


Cara Membuat
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga wangi.

2. Kemudian masukkan ikan bilis. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan lobak merah. Kacau sehingga ikan bilis agak garing.

3. Selepas itu, masukkan telur dan terus gaul. Masukkan garam dan perencah secukup rasa.

4. Kemudian, masukkan nasi dan gaulkan bersama bahan-bahan tumisan tadi.

5. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

*Sangat sedap kalau dapat makan bersama ikan goreng dan sambal kicap.


Selamat mencuba.. ♥

Comments

Popular Posts