Kuih kacang hijau ranggup

Sambil baring-baring, boleh pulak teringat dalam peti ais, ada lagi kacang hijau. Baki dari buat bubur kacang hijau haritu. So, terus ingat nak buat kuih kacang hijau atau pun kuih kasturi orang duk kata..

Sebelum tu, tips nak jimat gas ketika masak kacang hijau. Sila rendam dulu kacang hijau semalaman. Lebih kurang 8-10 jam. Nanti masa masak, kembang jap je. 15minit dah boleh tutup api. Mudahkan :-)

Jom cekedot resepi


KUIH KASTURI

Bahan-bahan

Bahan inti:
1 1/2 cawan kacang hijau
1/2 cawan gula
1/4 sk garam
1 sdb tepung gandum
Air secukupnya untuk memasak kacang hijau.

Bahan butter:

(Blender semua bahan ini)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air petisejuk
1 sdb butter/marjerin
1/2 sdb gula
1/4 sk garam
Sedikit kunyit

Cara Membuat
1. Rebus kacang hijau sehingga kembang. Masukkan gula dan garam.

2. Apabila kacang kembang dan air hampir kering, masukkan tepung gandum dan kacau rata. Supaya mudah buat bentuk nanti.

3. Tutup api dan biarkan sejuk. Kemudian bolehlah dibuat bentuk.


4. Siap bentuk, bolehlah panaskan api. Celupkan dalam bahan butter yang di blend tadi. Goreng.

5. Bila dah kekuningan, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

6. Sesuai tuk makan pagi dan petang.

** Paling penting, dah sejuk pun tetap sedap tau

♥♥Selamat mencuba :-)



Comments

Popular Posts